NILAI DAN HARGA MASA
Sebenarnya
semasa kita muda remaja nilai masa kita tidak begitu berharga kalau
dibandingkan dengan orang yang sudah berumur. Manusia umpama pokok kelapa lagi
berumur lagi berharga. Ini kerana semakin kita dewasa peruntukkan masa kita
menjadi lebih berharga kerana kita punya tanggungjawab untuk mencari duit,
tanggungjawab untuk mendidik, tanggungjawab untuk kerja, perniagaan, kejiranan,
persatuan, ummah, bangsa dan negara tidak seperti semasa kita muda remaja.
Dewasa
ini masa muda para remaja generasi ini lebih banyak digunakan sia-sia sahaja
dengan tidur, bermain telefon bimbit, melayari internet, bermain game, menonton
televisyen, berkaraoke, berhibur dan sebagainya.
Bila
ibubapa menyuruh para remaja membantu dengan kerja rumah, membuat itu dan ini
maka kita mengeluh, cuba menyuruh adik dan kakak untuk melakukannya atau kita
mengelak sama sekali kerana akhirnya kita tahu kalau kita tidak melakukannya
maka lambat laun pasti ibubapa kita akan melakukannya juga. Inilah yang dikatakan
KEDEKUT MASA DAN TENAGA. Kita begitu mementingkan diri sendiri dan hanya ingin
menggunakan tenaga dan masa kita untuk
diri kita sendiri sedangkan nilai masa kita rendah harganya.
Jom
kita buat perbandingan antara masa seorang remaja yang punya beberapa orang
adik beradik dengan ibubapanya. Dalam hal ini remaja tersebut sedang berada dalam
cuti sekolah hujung tahun, ibunya seorang suri rumah dan bapanya ialah seorang
ahli perniagaan yang bekerja dari rumah.
PAGI
REMAJA
Oleh sebab tidur lewat maka bangunpun sudah tengahari
IBU
Bangun awal berkemas, mendobi, siapkan sarapan.
BAPA
Bangun awal, bersarapan pagi, buka komputer dan mula bekerja
REMAJA
Bangun melepak tengok Telefon Bimbit
IBU
Menyidai pakaian dan menyiapkan makan tengahari
BAPA
Menjalankan kerja-kerja pemasaran, operasi syarikat dan
perniagaan.
TENGAHARI
REMAJA
Makan Tengahari, Lepas makan ibubapa menyuruh membantu
mengemaskan meja makan dan membasuh pinggan mangkuk di singki. Buat sambil
mengeluh dan bersungut.
IBU
Makan Tengahari. Lepas makan membasuh pinggan mangkuk dan
Solat Zohor.
BAPA
Makan Tengahari. Lepas makan, berehat sebentar dan solat
Zohor.
PETANG
REMAJA
Berbaring sambil main Sosial Media atau menonton
Televisyen
IBU
Menonton
Televisyen, Mengambil pakaian yang disidai, Mengemas itu dan ini.
BAPA
Menelefon
pelanggan, memberi arahan kepada pekerja, merangka tugas yang perlu dilakukan
besok dan sebagainya. Bawak anak-anak bermain di padang, bersenam dan
bersantai. Remaja tak nak ikut.
MALAM
REMAJA
Main
handphone, Tonton Televisyen, Tonton Youtube, Makan malam
IBU
Siapkan
makan malam, lipat pakaian yang dibasuh siang tadi, kemas pakaian untuk
dimasukkan semula ke dalam almari. Bila ibu minta remaja tolong mengeluh dan
bersungut lalu buat dalam keadaan yang tidak ikhlas.
BAPA
Makan
malam. Melayari internet mencari input yang berfaedah. Tonton Televisyen.
LEWAT MALAM
REMAJA
Masih
melayari Internet atau menonton televisyen atau bermain games.
IBU
Tidur
BAPA
Tidur
Jadi
apakah kesimpulan yang boleh kita ambil dari kajian mudah ini?
Ia
jelas menunjukkan yang remaja dalam kes ini nilai masanya tidak membawa apa-apa
keuntungan kepadanya malah ia lebih hanya bertujuan hiburan dan memuaskan nafsu
diri sendiri sedangkan nilai masa ibunya pula lebih berharga demi kelancaran operasi
sebuah rumah yang memerlukan keadaan yang bersih, makanan dan minuman yang
mencukupi, cukup makan pakai dan sebagainya. Kalau tugas itu tidak dijalankan
maka ia akan menyebabkan rumah kotor, bersepah, anak-anak kelaparan dan pakaian
yang kotor, bertimbun, tidak berbasuh dan dilipat kemas dalam almari.
Bagi
bapanya pula masanya lebih bernilai kerana ia membawa kepada keuntungan
kewangan melalui perniagaan yang dijalankan mengikut peruntukan masa yang ada.
Kedudukan ekonomi ini pula penting kerana dengannya ia melengkapkan operasi
sesebuah institusi keluarga yang memerlukan duit bagi memastikan kelangsungan
kehidupan keluarga tersebut. Duit yang bakal digunakan untuk membayar pinjaman
rumah dan kereta, segala macam pinjaman serta bil-bil yang berkaitan. Malah ia
juga bakal digunakan untuk perbelanjaan persekolahan dan keperluan ahli keluarga
termasuklah untuk simpanan di masa depan, pergi melancong dan sebagainya.
Ketahuilah
wahai para remaja sekelian akan harga dan nilai masa ini. Jadi janganlah
kedekut masa dan tenaga muda anda untuk membantu ibubapa anda.
Bantulah
ibu anda untuk mengemas rumah, kalau tak dapat kemaspun janganlah
menyepahkannya kerana ia akan mencuri masa ibu anda untuk mengemasnya semula.
Bila mengemas, kemaslah dengan betul dan betul-betul bersih kerana kalau ia
dilakukan separuh jalan maka sekali lagi anda akan MENCURI masa ibu anda untuk
menyambung kerja yang tidak sempurna itu. Paling tidakpun kemaslah, susunlah
dan jagalah kebersihan persekitaran sendiri agar tidak menyusahkan ibubapa anda.
Bagi
remaja yang punya kenderaan bantulah mereka dengan menghantar dan mengambil
adik-adik ke sekolah mahupun tuisyen. Bantulah ibubapa untuk pergi membeli
barang-barang keperluan rumah dan sebagainya. Kerana sudah bertahun lamanya
mereka berbuat demikian untuk anda. Gunalah masa anda dan berikanlah masa anda
kepada mereka untuk membuat sesuatu perkara yang lain.
Bagi
remaja yang cemerlang di sekolah dan di Universiti, bantulah adik-adik dalam
pelajaran mahupun pengisian ugama mereka. Takkanlah semua tanggungjawab ini
diletakkan di bahu ibubapa kita buat selamanya. Bagi remaja yang cemerlang
dalam sukan pula bantulah adik-adik untuk cemerlang juga. Kalau mampu bantulah
bapa anda untuk menjalankan tugas menjalankan operasi perniagaannya. Bantu
dalam aspek pemasaran internet contohnya. Bantulah mana yang anda tahu dan mana
yang anda mampu. Kalau tak tahu belajar ilmunya dari bapa anda kerana kelak
anda juga akan menjadi samaada ibu atau bapa kepada anak-anak anda sendiri di
masa depan.
Masa
yang anda peruntukkan atau BERIKAN kepada kedua ibubapa membantu mereka akan
membolehkan mereka punya masa untuk perkara lain contohnya untuk mereka berehat
kerana mereka semakin lama semakin tua, semakin tak punya tenaga mahupun untuk
mereka menjalankan kerja-kerja ibadah demi mendekatkan diri kepada Allah Taala.
Masa yang anda berikan kepada bapa anda pula akan membolehkan dia mencari duit
yang lebih banyak, menyumbang lebih banyak masa kepada keluarga, ummah, bangsa
dan negara. Pasti mereka perlukan masa tersebut dan pasti mereka akan
menghargai pengorbanan anda sebagai anak yang baik dan bertanggungjawab.
Janganlah
anda sebagai seorang remaja KEDEKUT MASA DAN TENAGA anda itu kerana tidak
seperti duit, masa dan tenaga tidak boleh disimpan untuk kegunaan di hari tua
nanti. Jadi gunakanlah ia dengan sepanjang hari untuk meringankan tugas dan
tanggungjawab ibubapa anda. Lagipun walau anda tak dapat duit dari kerja-kerja
yang anda lakukan itu yang pastinya anda akan dapat pahala ibadah dari Allah
Taala kerana bantuan yang anda berikan kepada ibubapa serta adik beradik anda.
Itu
sahaja pengisian untuk topik ini. InshaAllah kita jumpa lagi dalam topik yang lain
pula.
Nukilan,
FY Al
Haj
0166667430
Sekiranya
anda mendapat manfaat membaca artikel ini FY harap anda dapat like dan share post
ini dengan harapan ia juga membawa manfaat kepada orang yang dijodohkan
dengannya.
No comments:
Post a Comment