MASUK KELUAR INPUT OUTPUT
Saban hari kita masukkan dalam diri kita rancangan TV berunsur hiburan, lawak, drama, K Pop, games, media sosial, gosip membawang dan sebagainya kemudian apa yang keluar dari semua itu? Kita juga jadi pelawak dan tak habis habis bercerita tentang artis, hiburan, gosip bercerita tentang orang lain dan hal ehwal semasa.
Kalau kita lihat mereka yang luar biasa dan berjaya dalam dunia merupakan penyumbang kepada khalayak yang besar. Lagi besar output sumbangan mereka lagilah berjaya kedudukan mereka itu. Bill Gates yang menyumbang komputer, Jack Ma yang menyumbang platform shopping online Alibaba, Mark Zuckerberg pengasas Facebook semuanya merupakan manusia yang luar biasa malah Nabi SAW yang menyampaikan dakwah Islam jauh lebih luarbiasa dengan pengisian yang membawa kepada kejayaan akhirat.
Dari sudut yang lain pula kita masukkan yang buruk dalam diri, asap rokok, dadah, arak, gam dan sebagainya. Memasukkan yang buruk dalam diri pastinya akan membawa keburukan dalam diri. Lambat lain akan menjejaskan kesihatan tubuh badan dan kemudaratan. Itu dari sudut fizikal yang kelihatan, dari sudut rohani pula makan dari makanan yang haram mahupun dari sumber yang haram iaitu duit yang diterima dari rasuah, penipuan, pencurian juga akan membawa kekotoran kepada elemen kerohanian dalam diri.
Jom kita pergi lebih dalam lagi. Kalau kita menyumbang lagu maka kita mungkin akan dapat menghiburkan orang lain namun hukumnya makruh tapi kalau kita menyumbang zikrullah, bacaan Al Quran dan doa maka saya yakin sumbangan itu lebih berharga. Beribu-ribu sel-sel zikrullah berterbangan di udara yang kita sumbangan saban hari pasti sedikit sebanyak membawa kebersihan kerohanian dalam udara yang bakal disedut oleh orang lain. InshaAllah ia akan membawa kebaikan bukan hanya kepada orang lain tapi kepada diri kita sendiri dalam bentuk ganjaran dari Allah Taala kelak. InshaAllah. Jom kita lontarkan banyak-banyak zikir, bacaan ayat Al Quran dan doa ke udara supaya secara kerohaniannya ia bercampur dengan udara lantas membawa kebaikan kepada orang lain yang menghirup udara tersebut. Lagipun hanya dengan berzikir hati akan tenang. Itu ganjaran pasti yang Allah akan kurniakan kepada ahli zikir. Oleh itu daripada menyanyi berzikirlah kerana itu lebih baik. Berzikir akan membersihkan hati. Hati yang bersih akan menyebabkan mata hati menjadi terang lantas memudahkan ilmu yang baik untuk masuk bertandang dan berkembang.
Dari segi rohaninya kebaikan dan sumbangan yang kita buat akan membawa kepada ganjaran yang jauh lebih banyak dari itu. Sumbangan ilmu membawa kepada ilmu yang lebih banyak, sumbangan duit membawa kepada duit yang lebih banyak sumbangan masa dan tenaga mungkin tak bawa masa dan tenaga yang lebih banyak tapi InshaAllah ia membawa kepada ganjaran pahala yang lebih banyak. InshaAllah.
Ini bermakna dalam memasukkan input ada ilham tambahan yang Allah kurniakan kepada mereka yang menyampai dan mengeluarkan output tersebut baik dari segi kata-kata dan penulisan. Dalam hal ini kita ada kelebihan kerana senjata kita orang mukmin ialah doa. Kita boleh berdoa dan meminta input itu dan ini dari Allah. Minta kesihatan yang baik, umur yang panjang, rezeki yang luas, ilmu yang bermanfaat dan sebagainya. InshaAllah Dia akan memakbulkan dan memberi apa sahaja yang diminta hambaNya itu.
Hati yang kotor dan tertutup tidak akan dapat menerima ilmu. Yelah manakan ilmu yang bersih sifatnya dapat duduk dalam hati yang kotor dan penuh dengan kuman dan najis?
Ikhlas,
https://motivasiku.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment