Dalam kehidupan dengan masa yang ada maka kalau kita tak berbuat apa-apa maka tiada apalah yang akan dapat kita capai dalam kehidupan. Kita merupakan seorang yang pemalas. Sama sahaja seperti orang lain. Bangun tidur lewat, lepak, termenung, kembali baring-baring tak buat apa-apa. Tanpa objektif yang tentu lagi jitu. Lebih mudah dan senang untuk menjadi seorang yang pemalas yang tak buat apa-apa kalau dibandingkan dengan seorang yang rajin.
· Berehat dan bersantai itu lebih mudah dan menyeronokkan daripada bekerja dan berusaha.
· Tidur itu lebih seronok dari bangun dan menjalankan produktiviti.
· Menonton televisyen, bermain video game lebih seronok daripada membaca buku.
· Menonton filem lawak lagi seronok daripada menonton filem yang mengajak penont0nnya berfikir.
Dalam hidup ini kita hidup hanya sekali dengan MASA kehidupan yang begitu terhad dan kita boleh pilih samaada untuk menjadi orang biasa atau menjadi seorang individu yang LUAR BIASA?
Orang biasa-biasa jumlahnya ramai sedangkan orang luar biasa dan berjaya jumlahnya sedikit.
Menjadi orang biasa itu mudah. Kita ikut sahaja apa yang orang biasa lakukan. Pergi kerja balik kerja, makan, tidur, melepak dan berhibur. Menjadi orang luar biasa itu berbeza kita kena mengambil inisiatif untuk mencipta, memulakan perniagaan, memulakan projek dan sebagainya serta melaksanakannya sehingga ia menjadi satu kenyataan, dalam ertikata lain “make things happen”. Mereka tidak membuang masa, mereka punya misi dan visi, mereka menyumbang, mereka tak buang masa sia-sia dan sebagainya. Semua ini anda tahu dan anda pernah temui pengisiannya di merata tempat.
Andai anda seorang pelajar kisahnya juga sama. Malas belajar anda akan jadi pelajar biasa-biasa, rajin belajar, mengulangkaji, buat latih tubi, pergi tuisyen dan sebagainya anda bakal jadi pelajar luar biasa dan bakal mendapat keputusan yang cemerlang. Mudah je nak jadi biasa. Nak jadi luarbiasa yang payah. Kena usaha dengan gigih dan buat benda yang orang lain tak buat. Kena solat, kena doa, kena hormati guru, ibubapa dan sebagainya.
Berikut ini ialah antara ciri-ciri orang yang berjaya ;
· Mereka meletakkan matlamat untuk dicapai. Mereka meletakkan sasaran dan matlamat yang jelas. Mereka punya visi dan misi bagaimana untuk mencapai sasaran tersebut, mereka tahu apa kelengkapan yang diperlukan dan berapa lamakah masa yang diperlukan untuk tujuan itu. Kalau kita tidak meletakkan matlamat dalam hidup maka kemungkinan besar kita akan sesat tanpa arah tuju yang jitu.
· Mereka bertanggungjawab atas diri mereka sendiri. Mereka bertanggungjawab atas kejayaan dan kegagalan diri mereka sendiri. Dalam hal ini mereka tak seperti orang biasa yang merasa diri mereka sebagai mangsa keadaan malah menyalahkan orang lain, lebih teruk lagi mereka menyalahkan Allah Taala atas kegagalan diri sendiri. Bagi orang luar biasa pula tatkala bertemu halangan mereka mencari jalan untuk mengatasinya.
· Mereka punya disiplin diri. Mereka memilih apa yang baik untuk diri mereka. Di depan komputer atau handphone kita boleh memilih untuk menonton pelbagai perkara di youtube perkara yang tak bermakna tetapi orang luar biasa akan memilih sesuatu yang boleh membawa makna kepada mereka. Mereka punya disiplin dan istiqomah dalam menjalankan apa yang mereka kerjakan sehingga ia siap dengan jayanya.
· Mereka sentiasa mahu memperbaiki diri.
Mereka punya sikap yang terbuka umpama sebuah perigi yang tak pernah penuh airnya walau diisi sebanyak mana sekalipun. Mereka belajar dari sesiapa sahaja, buku, mentor, online dan sebagainya. Mereka percaya dengan prinsip “the more they learn, the more they earn” yang membawa makna lagi banyak mereka pelajari lagi banyaklah rezeki yang akan datang kepada mereka.
· Mereka rajin membaca.
Mereka percaya yang membaca adalah jambatan ilmu. Mereka tak boleh duduk diam dan membaca telah menjadi tabiat mereka. Merela perlukan makanan akal setiap hari sepertimana jasad perlukan makanan ruji. Kalau tak membaca akal fikiran mereka akan menjadi lapar. Lapar ilmu pengetahuan.
· Mereka menguruskan masa dengan baik.
Aspek ini sebenarnya tak perlu disentuh kerana ramai yang telah tahu mengenainya namun gagal dalam bab perlaksanaan. Mereka yang berjaya pula tahu membahagikan masa yang mana yang utama dan urgent dan yang mana tak urgent dan tak perlu diberikan keutamaan.
· Mereka mengambil risiko. Orang yang gagal selalunya mengalah sebelum berjuang. Mereka tak berani mengambil risiko sedangkan orang yang berjaya adalah orang yang berani mengambil risiko walaupun peratus kebarangkalian untuk berjaya adalah begitu kecil.
· Mereka tidak berputus asa. Walaupun mereka melalui pelbagai kesusahan dan kegagalan namun mereka tak akan mengalah. Walau jatuh berapa kali sekalipun mereka takkan mengalah malah mereka akan terus-terusan bangkit lalu meneruskan perjuangan. Muhammad Ali peninju paling hebat alaf ini memenuhi ciri-ciri ini.
· Mereka mencari jalan untuk menang. Walau apapun rintangan dan halangan yang mendatang mereka mendaki, mengalahkan, berusaha, memecahkan, melawan dan meneruskan perjuangan. Mereka akan berusaha bersungguh-sungguh menggunakan segala ruang, peluang dan sumber untuk berjaya.
· Mereka buat perkara yang mereka minat. Kalau kita berjaya dalam apa juga kerjaya namun andai kita membenci pekerjaan kita itu dan kita hanya melakukannya demi wang, adakah itu satu kejayaan yang total? Pastinya tidak. Kejayaan adalah melakukan sesuatu yang kita minat, ia menjadikan kita sentiasa bersemangat untuk melakukannya dan lebih baik lagi ia membawa keuntungan kewangan kepada kita. Itulah kejayaan bagi manusia yang luar biasa.
Ikhlas,
FY Al Haj
0166667430
Sekiranya anda mendapat manfaat membaca artikel ini FY harap anda dapat like dan share post ini dengan harapan ia juga membawa manfaat kepada orang yang dijodohkan dengannya.
No comments:
Post a Comment