Friday, January 18, 2019

MOTIVASI DIRI - RAHSIA PEMBANGUNAN DIRI

MOTIVASI PERCUMA - RAHSIA PEMBENTUKAN DIRI

Semenjak kecil kita diberikan pengisian oleh ibubapa, guru, rakan taulan dan orang sekeliling agar membentuk sahsiah diri dengan sifat-sifat dan sikap yang baik. Menjadi anak yang baik dan pelajar yang cemerlang.

Anak-anak umpama sehelai hamparan kain yang putih bersih, Maka terpulanglah kepada kedua ibubapanya untuk mencorakkan kain putih tersebut. Ibubapa yang bijak dan beriman akan memberikan warna yang cantik lagi seimbang, Ibubapa yang keduniaan akan menjadikan anak-anak itu bersifat liberal, ibubapa yang tak peduli mungkin akan hanya mengotorkan anak-anak itu, lebih teruk lagi ibubapa yang jahat akan meninggalkan kesan yang buruk kepada mereka kerana tekanan fizikal dan mental yang mereka alami semasa kecil.

Datuk kita suruh bapa kita bekerja dalam kerajaan, bapa kita suruh kita kerja bank, kita pula suruh anak kita ambil ijazah dan begitulah seterusnya.

Datuk orang Cina pula menyuruh bapa mereka berniaga dan membeli hartanah, bapanya pula menyuruh anak mereka membesarkan perniagaan dan melabur, cucunya juga disuruh mengembangkan lagi perniagaan hingga tersenarai di Bursa Malaysia dan sebagainya.

Macamana kita nak menang disebabkan oleh perbezaan penerapan nilai diri ini? 

Kemudian kita sering bertemu dengan pelbagai artikel, pengisian, nasihat dan sebagainya yang menceritakan tentang pelbagai perkara. Nasihat untuk berhenti merokok, perkongsian mengenai kebaikan mempunyai keyakinan diri, bersifat positif, bersyukur, menghargai dan sebagainya.

Di kala yang lain pula kita pergi pula ke kem bina ihsan dan di situ kita didedahkan pula dengan permainan, aktiviti dan sebagainya yang kemudiannya fasilitator mendedahkan yang tujuan aktiviti itu ialah bagi tujuan membentuk kerjasama berpasukan, saling mempercayai dan pelbagai sikap positif yang lainnya.

Seterusnya bila belajar di universiti mahupun bekerja kita diisi pula dengan input perniagaan, penjualan, pemasaran dan sebagainya berdasarkan bidang yang kita ceburi.

Tetapi kita tak pernah diberitahu apakah kaedahnya? Bagaimana untuk memasukkan semua sifat dan sikap baik ini ke dalam diri secara objektif. Selalunya ia masuk dan menjadi prinsip diri kita TANPA KITA SENDIRI SEDARI.

Contohnya, kita berkawan dengan kawan-kawan yang menghisap rokok, lama kelamaan kita juga menghisap rokok, kita berkawan dengan kaki lepak, lama kelamaan kita juga jadi kaki lepak, kita suka tidur lama kelamaan kita jadi kaki tidur, kita suka menonton TV lama kelamaan kita ketagih dengan TV, kita suka bermain gajet, lama kelamaan kita ketagih dengan gajet tersebut dan begitulah seterusnya penerapan nilai diri ini berlaku tanpa kita sedari.

Anak saya suka berkawan dengan kawan-kawan yang suka melawak dan bergurau. Apa yang terjadi ialah lama kelamaan dia menjadi seorang yang mana therapy dirinya ialah untuk melawak dan menonton rancangan-rancangan yang lawak. Kalau satu hari tak gelak ketawa dan tak dapat injection lawak tak sah. Penerapan nilai diri ini berlaku dalam dirnya tanpa dia sendiri sedari.

Jadi di sini saya akan mendedahkan rahsia pembentukan diri ini kepada anda. Sama ada anda sedar atau tidak semua sifat, sikap, perbuatan, tindakan, sama ada anda berambut karat mahupun berpurdah, merokok mahupun menghisap heroin, minum arak atau minum wine, kak lawak, kakai shopping, lembab atau cemerlang, solat atau tidak, kaki seks dan segalanya adalah disebabkan oleh satu proses yang akan saya huraikan sebentar ini.

Ketahuilah sesuatu nilai akan menjadi prinsip dan pegangan diri bila ia melalui satu proses yang saya namakan Konsep 4P.

Konsep 4P itu ialah;

-      Pengisian
-      Pengulangan
-      Pengukuhan
-      Penerapan

Image result for MEROKOK

Merokok

Pengisian
Kenali rokok
Pengulangan
Ulang-ulang hisap rokok
Pengukuhan
Kawan cakap kalau tak merokok tak macholah dll
Penerapan
Merokok menjadi tabiat diri

Image result for SOLAT

Solat

Pengisian
Ketahui pasal solat 
Pengulangan
Ulang-ulang solat setiap masuk waktu
Pengukuhan
Baca artikel mengenai ganjaran solat dll
Penerapan
Solat menjadi prinsip diri

Image result for maaf

Sifat Pemaaf

Pengisian
Mengetahui pasal kemaafan
Pengulangan
Ulang-ulang memaafkan setiap kali berpeluang
Pengukuhan
Terdengar tazkirah kebaikan memaafkan dll.
Penerapan
Sifat memaafkan dipupuk dalam diri.

Image result for melukis

Melukis

Pengisian
Terdedah pada lukisan yang diminati
Pengulangan
Ulang-ulang melukis di mana sahaja
Pengukuhan
Mentor membantu
Penerapan
Kita menjadi pelukis

Image result for memanah

Memanah

Pengisian
Diperkenalkan oleh seseorang
Pengulangan
Bermula kali pertama dan berlatih
Pengukuhan
Jurulatih mengajar
Penerapan
Menjadi pandai memanah

Anda inginkan nilai apa lagi dalam diri yang ingin dijadikan prinsip diri? Anda ingin punya prinsip kehidupan yang luar biasa dalam diri?

Letakkanlah di tempat kosong di bawah ini. Semua nilai yang ada di dunia ini dalam apa juga bidangnya inilah prosesnya. Nilai pakai tudung? Perniagaan? Kerajinan? Keyakinan? Pemasaran? Menipu? Semua boleh. Prosesnya sama sahaja.

Pengisian                  -
Pengulangan            -
Pengukuhan             -
Penerapan                 -

Saya harap artikel ini membuka minda anda tentang semua pengisian, nasihat atau apapun juga ia dinamakan selama ini. Pengisian dan pengukuhan sahaja belum cukup untuk menjadikan ia prinsip yang terpupuk dalam diri. Ia perlu lalu proses 4P. Menurut orang tua-tua pengulangan perlu dilakukan sebanyak 40 kali/hari berturut-turut sebelum ia menjadi program diri.

Demikianlah tadi rahsia penerapan nilai diri atau rahsia pembentukan  dalam diri anda. Prinsip yang telah ada dalam diri disebabkan oleh proses 4P ini dan untuk memasukkan prinsip yang baru juga perlu melalui proses 4P ini malah untuk mengeluarkannya kita juga perlu melalui proses yang sama.

Jadi cuba kenali apakah sifat buruk yang telah bersarang dalam diri selama ini. Sifat yang telah melekat dalam diri tanpa kita sedari. Merokok, mengumpat, pemalas dan sebagainya. Buangnya jauh-jauh dengan konsep 4P ini dan kemudian masukkanlah sifat yang baik lagi luarbiasa bagi menggantikan tempatnya! Learn Unlearn and Relearn!

InshaAllah saya akan menghuraikan dengan lebih lanjut mengenai konsep 4P ini untuk pengetahuan umum dalam bab yang akan datang.

Ikhlas,

FY Al Haj
0166667430

Sekiranya anda mendapat manfaat membaca artikel ini FY harap anda dapat like dan share post ini dengan harapan ia juga membawa manfaat kepada orang yang dijodohkan dengannya.

No comments:

Post a Comment