MATLAMAT MASA
Sebagai
sambungan kepada topik dalam bab yang baru saya akan sambung dengan pengisian
yang bertajuk matlamat masa. Bagi kebanyakan kita, masa berlalu tanpa kita
sedari. Sepanjang hidup walaupun kita dengar pelbagai pengisian tentang
pentingnya masa namun ia tetap tidak memberi erti kepada kita. Kata pujangga,
masa itu emas, anda juga tahu yang orang yang berjaya adalah orang yang tahu
mengurus dan membahagikan masanya. Namun, memahami teori sahaja tidak memadai
melainkan ia dapat dilaksanakan secara praktikal dalam kehidupan.
Bagi
mereka yang SEDAR pula maka mereka tak akan membiarkan masa berlalu begitu
sahaja, walau sesaat. Pasti ada sahaja perkara yang bermanfaat yang akan mereka
lakukan. Pasti ada sahaja pengisian dalam jangkamasa yang berdetik itu.
Kalau
tak dapat buat dengan tangan dan kaki maka mereka bercakap, kalau tak bercakap
mereka berfikir dan kalau tak ada apa yang difikirkan mereka berzikir. Itulah
susun aturnya sebagai seorang Islam dalam aspek penggunaan masa.
Apa
yang penting dalam penggunaan masa IALAH untuk memastikan matlamat yang kelihatan
dan yang tersembunyi yang ingin kita capai.
Cuba
tanya persoalan ini kepada diri ;
·
Adakah masa
ini ditukar kepada perbuatan yang terpaksa
·
Adakah masa
ini ditukar kepada tidur dan rehat
·
Adakah masa
ini ditukar kepada keuntungan kewangan
·
Adakah masa
ini ditukar kepada hiburan dan masa santai
·
Adakah masa
ini ditukar kepada senaman
·
Adakah masa
ini ditukar kepada silaturrahim
·
Adakah masa
ini ditukar kepada kerja dan produktiviti
·
Adakah masa
ini ditukar kepada kerja-kerja ibadah
·
Adakah masa
ini ditukar kepada perbuatan sia-sia dan tak berfaedah
·
Lain-lain
PENGISIAN MASA
Masa Ditukar Kepada Perbuatan Yang
Terpaksa
-
Mandi dan
membersihkan diri, bersiap, buang air kecil dan besar, makan minum andalah
antara perbuatan yang mesti kita buat sebagai manusia. Tahukah anda kalau anda
malaikat anda tak perlu buat semua ini. Jadi ada masa yang terpaksa kita peruntukkan
untuk semua ini sepanjang kehidupan. Pokoknya ialah kita tidak mengambil begitu
banyak masa untuk aktiviti masa terpaksa ini.
Masa Ditukar Kepada Tidur Dan Rehat
-
Manusia juga
perlukan rehat dan tidur. Tanpanya ia boleh menyebabkan kita sakit. Cumanya
kalau kajian Barat mengatakan tidur yang secukupnya ialah 8 jam namun dalam
Islam tidur yang terbaik ialah tidur Nabi Daud AS iaitu 4 jam sahaja. Dalam hal
ini mereka yang banyak tidur akan melihat dunia dalam jangkamasa yang singkat.
Masa Ditukar Kepada Keuntungan Kewangan
-
Kemudian
masa juga boleh ditukarkan kepada keuntungan kewangan. Aktiviti bekerja,
berkarya, berniaga dan sebagainya boleh menukarkan masa tersebut kepada duit.
Duit yang dilaburkan dan diberi masa akan membawa duit yang lebih banyak.
Sekali lagi masa adalah kayu ukurnya.
Masa Ditukar Kepada Hiburan Dan Masa
Santai
-
Manusia juga
seumpama binatang yang perlukan hiburan. Jadi ada sebahagian masa yang akan
digunakan untuk menonton TV, Youtube, Radio, Muzik, Karaoke, Konsert, Wayang,
Spa, melancong dan sebagainya.
Masa Ditukar Kepada Senaman Dan Sukan
-
Demi menjaga
kesihatan maka manusia perlukan bersenam dan bersukan. Bermacam jenis sukan dan
kaedah senaman yang telah dicipta sepanjang dekad dengan tujuan yang sama iaitu
untuk meningkatkan kesihatan jasmani dan mental. Jadi ada juga masa yang akan
diperuntukkan untuk tujuan ini.
Masa Ditukar Kepada Silaturrahim
-
Seterusnya
masa juga boleh ditukarkan kepada perhubungan silaturrahim. Yang jauh didekatkan,
yang dekat dirapatkan. Baik hubungan suami isteri, anak beranak, keluarga,
saudara-mara, rakan taulan dan sebagainya. Memelihara perhubungan kasih dan
sayang pastinya perlukan masa untuk bersama.
Masa Ditukar Kepada Produktiviti
-
Produktiviti
boleh jadi apa sahaja. Menulis, melukis, membaca buku, berkebun, menjala,
memancing, berkemas, mendobi pakaian atau apa sahaja. Ia tak semestinya membawa
kepada keuntungan kewangan namun ia adalah sesuatu yang boleh kita lakukan.
Masa Ditukar Kepada Kerja-Kerja Ibadah
-
Sebenarnya semua
perkara yang kita lakukan berlandaskan syariat dan dilakukan dengan ikhlas akan
tergolong dalam ibadah bukan hanya ritual solat, puasa, haji, umrah dan sebagainya.
Kerja, membantu orang lain, berniaga malah berperang juga tergolong dalam
ibadah sebenarnya. Ia membawa kepada ganjaran pahala bermatlamat syurga di
akhirat. Lawannya ialah maksiat yang membawa dosa.
Masa Ditukar Kepada Perbuatan Sia-Sia
Dan Tak Berfaedah
-
Tak buat
apa-apa, termenung tanpa berfikir apa-apa. Melepak tanpa hala tuju, merempit
dan merayau ke sana-sini tanpa tujuan dan yang seangkatan dengannya hanya akan
membuang masa berharga dalam kehidupan ini.
Inilah
antara matlamat yang boleh digunakan dengan masa yang anda ada dalam kehidupan
sekali yang pendek ini. Jadi apakah keutamaannya? Manakah yang lebih utama dan
yang lebih menguntungkan? Untung dunia? Untung akhirat? Nanti saya akan
rungkaikan perihal ini dalam bab yang mendatang.
Seterusnya
apakah matlamat masa anda dan berapa lamakah ia diambil untuk dicapai?
LAGI CEPAT MATLAMAT ITU DICAPAI LAGI
BAIK KERANA KITA AKAN ADA MASA SENGGANG UNTUK MELAKUKAN PERKARA YANG LAIN.
Soalannya
;
·
Perlukah
kita mandi dan bersiap sampai sejam sedangkan kita boleh mencapai matlamat
membersihkan tubuh badan dalam masa 15 minit atau kurang?
·
Perlukah
kita bermain games selama 4 jam sedangkan kita boleh mendapat kepuasan dalam
masa yang jauh lebih pendek dari itu.
·
Kenapa kita
mengambil masa yang begitu lama untuk melakukan sesuatu pekerjaan sedangkan
orang lain boleh melakukannya dalam masa yang lebih singkat?
·
Perlukah
kita menonton wayang atau rancangan TV yang sama berkali-kali. Bukankah matlamat
untuk mamahami jalan cerita itu dengan hanya menontonnya sekali sahaja?
·
Kenapa kita
boleh berborak kosong sambil minum teh di kedai mamak begitu lama sedangkan ada
perkara lain yang lebih baik yang boleh kita gunakan dengan masa yang ada itu.
·
Perlukah
kita menonton youtube begitu lama sedangkan apa yang kita tonton itu tiada
matlamat yang jitu.
·
Perlukah
kita menyanyi karaoke berjam-jam sedangkan kita tak perlu berbuat demikian.
Namun
;
·
Bila ibubapa
minta bantu buat kerja rumah tak sabar pula kita nak menghabiskannya malah
malas untuk kita melakukannya.
·
Bila mengulangkaji
pelajaran tak pula kita ingin belajar lama.
·
Bila
mendengar ceramah tak pula kita fokus dan menanti sehingga ia selesai.
·
Bila mengaji
taknak pula kita mengaji lama.
·
Bila solat
di rumah mahupun berjemaah di masjid kita tak sabar pula nak balik rumah.
Kita
macam cacing kepanasan bila menjalankan kerja-kerja ibadah. Kesimpulannya bila
menghabiskan masa untuk melempias nafsu kita nak lama tapi untuk ilmu mahupun
matlamat ibadah kita nak cepat. Bukankah sepatutnya ia TERBALIK?
Ketahuilah
hanya mereka yang BERAKAL yang akan dapat menewaskan NAFSU.
Sebenarnya
tak ada salahnya kita menggunakan masa lama-lama dalam sesuatu perkara namun
dalam hal ini kita kena pastikan apakah matlamat yang ingin dicapai.
·
Kita
menyanyi karaoke lama-lama kerana kita ingin mempertajamkan suara untuk menjadi
seorang penyanyi.
·
Kita pergi
main snooker lama-lama kerana kita ingin berlatih bagi menyertai pertandingan
dan kalau menang ia akan membawa kauntungan kewangan.
·
Kita
menonton youtube lama-lama kerana kita ingin mencari ilmu pengetahuan bagi
meningkatkan sesuatu kemahiran.
·
Kita
berWhatsApp lama-lama-lama dengan tujuan meningkatkan jualan perniagaan yang
kita jalankan.
·
Kita
berfacebook lama-lama kerana kita sedang menjalankan usaha dakwah.
·
Kita
bergayut di telefon lama-lama kerana kita ingin menjalinkan hubungan hingga membawa
ke gerbang perkahwinan.
·
Kita duduk
minum lama di kedai mamak kerana kita ingin melihat bagaimana mamak menjalankan
operasi perniagaan kerana kita juga berhasrat untuk membuka restoran di masa
akan datang.
Jadi
pastikanlah underlying objective atau
matlamat tersirat yang ingin dan boleh kita capai dengan penggunaan masa
tersebut. Pastikan ia membawa matlamat yang baik dan banyak pada satu masa.
Contohnya
seorang bapa yang sanggup sama-sama membeli set memanah demi menemani anaknya yang
menyertai sukan memanah di sekolah dan mengajak anaknya berlatih memanah setiap
petang bakal mendapat pelbagai manfaat antaranya ;
-
Mengeratkan
silaturrahim dengan anaknya.
-
Meningkatkan
kemahiran memanah anak
-
Meningkatkan
kemahiran memanah dirinya
-
Memanah itu bersesuaian
dengan sunnah
-
Mendapat senaman,
kecergasan tubuh badan dan ketepatan pemerhatian
-
Meningkatkan
peluang memenangi pertandingan yang mungkin membawa kepada keuntungan kewangan
dan sebagainya.
Inilah
contoh matlamat penggunaan masa yang baik dan tentunya berfaedah untuk diri
kita.
No comments:
Post a Comment