Wednesday, April 11, 2012

Memasukkan Sifat dan Sikap yang Baik ke dalam Diri




Seperti yang pernah saya terangkan dahulu manusia ini dilahirkan bersih, tetapi kemudiannya dia sendiri yang mengotori dirinya dengan pelbagai dosa dan noda.

Kita dilahirkan umpama cermin yang bersih di dunia ini dan di dalam dunia yang tak sempurna ini kita tak dapat lari dari mengutip habuk-habuk yang bertaburan. Dalam ertikata lain kita tak dapat lari dari melakukan dosa dan noda. Kita tak dapat lari dari dugaan Allah Taala. Setiap manusia pasti akan diduga.

Keadaannya mungkin tak sama di syurga kerana saya percaya di situ langsung tiada habuk dan kekotoran maka di situ cermin kita akan sentiasa bersih dan berkilat. Tiada lagi dosa dan noda itu pasti. Saya yakin taklah ia dinamakan syurga kalau ia kotor, berhabuk dan berdebu. Ye tak?

Dalam hal ini apa yang penting ialah; kalau kita datang dalam keadaan bersih semasa bayi, maka sebaiknya kita pastikan bila kita balik nanti (mati) kita dalam keadaan yang bersih juga malah kalau boleh lebih baik dari itu.

Saya pernah menerangkan perihal sifat yang dicipta Allah ini. Ia adalah satu kejadian dan ia sebenarnya dicipta Allah Taala. Nafsu, Mati, Sakit dan sebagainya semuanya adalah dalam rangkuman kejadian ciptaan Allah Taala. Apa akan jadi kalau Allah tidak mencipta kejadian BOSAN, MARAH, TENSION, STRESS dan sebagainya? Pastinya tidak ada manusia di mukabumi ini yang akan merasa semua ini. Tak ada yang akan merasa bosan, tension dan sebagainya. Faham tak?

Apapun mari kita buat satu kajian mengenai sifat dan sikap yang dikurniakan Allah kepada setiap manusia ini.

SIFAT MAZMUMAH / SIFAT BURUK
SIFAT MAHMUDAH / SIFAT BAIK
Riak / Sombong / Takbur / Angkuh
Rendah hati / Rendah diri
Tamak / Kedekut
Pemurah
Pemarah
Tenang / Sabar
Iri Hati / Dengki
Redha
Malas
Rajin
Takut
Berani
Tiada Keyakinan Diri
Yakin
Pendendam
Pemaaf
Tidak bertanggungjawab
Pentingkan Diri
Bertanggungjawab
Bertoleransi
Berkira
Ikhlas
Menunjuk-nunjuk
Ikut akal
Bersepah
Tersusun
Ikut perasaan
Berdisiplin
Ganas
Lembut
Pembenci
Kasih sayang
Pengotor
Pembersih
Bersangka Buruk
Bersangka Baik
Penipu / Menabur Fitnah
Berkata Benar
Menekan
Membantu
Menyusahkan
Menyenangkan
Hipokrit
Benar
Pecah Amanah
Amanah dan bertanggung jawab
Cantik di luar buruk di dalam
Cantik di luar, cantik di dalam
Mengutamakan isteri lebih dari ibubapa
Mengutamakan ibubapa lebih dari pasangan
Ikut hukum manusia
Ikut hukum Allah
Ikut suka hati
Ikut sunnah Nabi
Taksub pada makhluk
Ketauhidan pada Allah
Mahu didengari, difahami, dihormati tetapi tak mahu mendengar. Memahami dan menghormati.
Bersikap terbuka, memahami dan menghormati.
Sedia mendengar.
Mengejar dunia, materialistik
Mengejar keredhaan Allah
Mencuri, Rasuah, Riba
Tidak mengambil yang bukan hak
Mencari Persengketaan
Mencari Perdamaian
Membazir
Penjimat
Maksiat
Ibadah


Berhubungan dengan orang-orang yang memiliki sifat-sifat mazmumah ini umpama perhubungan kalah menang atau win-lose dari semua segi baik emosi, kewangan, fizikal dan mental tanpa mereka sedari. Mereka ini selalu sahaja hendak menang, mengambil, meminta dan menyusahkan namun hendak memberi jauh sekali. Mereka yang ada sifat-sifat mazmumah ini sebenarnya merupakan energy suckers atau “penyedut tenaga”. Mereka secara tak langsung akan menarik tenaga dan selalunya akan menyebabkan mereka yang punya sikap mahmudah ini menjadi tertekan dengan sikap mereka-mereka yang negatif ini.

Kata orang tua-tua kalau tak boleh menyenangkan jangan menyusahkan. Orang yang punya sifat yang baik adalah orang yang akan sentiasa mencari jalan untuk menyenangkan orang lain. Anak yang baik akan menyenangkan ibubapanya, kawan yang baik akan menyenangkan kawannya yang lain, isteri yang baik akan menyenangkan suaminya dan bagitu jugalah sebaliknya. Kebaikan akan membawa “tenaga” atau aura yang baik dan seterusnya mengukuhkan perhubungan silaturrahim dengan kasih sayang.

Prinsip ini lebih diutamakan bila kita berhadapan dengan orang “sakit” baik sakit akalnya, fizikalnya mahupun rohaninya. Orang yang sakit ini umpama kereta yang rosak atau kereta yang kemalangan. Maka ia haruslah dihantar ke bengkel untuk diperbaiki. Kalau sakit fizikal kita ke hospital dan di hospital para doktor dan jururawat selalunya akan menjaga pesakit sebaik mungkin. Kalau sakit mental maka kita bertemu dengan kaunselor dan pakar sakit mental dan kalau sakit rohani hendaklah kita dekatkan diri dengan Tuhan. Bagaimanakah agaknya perasaan orang yang sakit ke hospital tetapi dilayan dengan buruk?

Begitupun ada di antara mereka yang menjalankan kehidupan ini tanpa kesedaran dan selalu menyusahkan. Contohnya mereka suka mencarut mengeluarkan aura negatif, bagaimanakah perasaan sekiranya anda pula dicarut? Negatif bertemu negatif maka mewujudkan kenegatifan yang lebih besar dan mungkin membawa kepada perselisihan dan pergaduhan. Anda kaki seks, bagaimana pula kalau adik perempuan atau ibu anda diperlakukan dengan cara yang sama?

Sifat, sikap dan amalan yang mazmumah / buruk ini sebenarnya akan membawa kerosakan kepada diri sendiri dan orang yang dikelilingnya.

Sifat marah contohnya digunakan tanpa kawalan. Pantang orang lain buat silap pasti orang itu bakal menjadi mangsa. Kita boleh marah selama 8 jam tanpa henti. Kemarahan itu akan terbuku menjadi dendam bila ia tak dikeluarkan jadi jalan untuk mengeluarkannya akan dicari dengan apa cara sekalipun. Kalau tak dapat orang, dinding, pintu dan segala harta benda akan menjadi mangsa kemarahannya.

Keadaan ini akan menyebabkan kita menjadi liabiliti atau membawa kesusahan kepada diri, keluarga dan masyarakat. Seterusnya kita akan dibenci, dihina, dipulaukan dan dipinggirkan keluarga, masyarakat lebih teruk lagi kalau kita dibenci dan dihina Allah Taala. Inilah yang ditakuti.

Perbandingan mudah yang saya buat dalam artikel dua orang tua Ali dan Abu boleh dijadikan iktibar. Ali seorang yang disayangi dan dikasihi keluarga dan anak-anaknya. Sering mengingati mati dan membuat amalan persediaan dengan solat, haji dan umrah dan Abu pula yang dihina dan dipinggirkan keluarga dan hidup dalam keadaan melarat, hina dan dina dengan amalan-amalan buruk bersifat maksiat.

Bagi mereka yang sedar dan punya ilmu yang mencukupi maka mereka akan menjadi insan yang rendah hati dan mengikut hukum hakam yang telah ditentukan Allah. Kemarahan contohnya akan hanya digunakan di tempat yang perlu, ke tempat yang sepatutnya atau ke tempat yang hak. Kemarahannya terkawal, dikawal oleh akal. Lebih baik lagi bila kemarahan itu dapat dilenyapkan dalam hati sekaligus digantikan dengan kesabaran.

SIFAT MAZMUMAH / SIFAT BURUK
Riak / Sombong / Takbur / Angkuh
Tamak / Kedekut
Pemarah
Iri Hati / Dengki
Rajin
Takut
Berkeyakinan Diri
Pendendam
Pentingkan Diri
Berkira
Menunjuk-nunjuk
Tersusun
Ikut perasaan
Ganas
Pembenci
Pembersih
Bersangka Buruk
Penipu / Menabur Fitnah
Menekan
Menyusahkan
Hipokrit
Pecah Amanah
Cantik di luar buruk di dalam
Mengutamakan isteri lebih dari ibubapa
Ikut hukum manusia
Ikut suka hati
Taksub pada makhluk
Mahu didengari, difahami, dihormati tetapi tak mahu mendengar
Memahami dan menghormati
Mengejar dunia, materialistik
Mencuri, Rasuah, Riba
Mencari Persengketaan
Membazir
Maksiat


Analogi yang boleh diambil bila memiliki sifat dan sikap buruk atau mazmumah ini ialah ia seakan membela seekor binatang buas di hati. Semasa ia kecil kita mungkin akan dapat menjaganya dengan baik dan ia bersifat pasif dan nampaknya seperti tak akan menyebabkan sebarang kerosakan. Namun kalau kita terus memberinya makan dan segala keperluannya maka ia akan membesar dan terus membesar di hati. Ia akan menjadi lebih aktif dan masalahnya ialah satu hari ia mungkin sudah dewasa dan dapat menguasai hati hingga ia tak dapat dibendung lagi.

Keadaannya samalah seperti seorang budak yang didedahkan dengan kelucahan melalui video-video lucah yang ditontonnya. Semakin lama ia menjadi seakan makanan ruji harian yang diperlukan saban hari. Semakin lama semakin galak. Lama kelamaan nafsu tak dapat dibendung lagi maka mereka mula mencari jalan untuk melakukan hubungan seks. Maka terjadilah kes budak remaja yang merogol budak sekolah, bapa yang merogol anak, kes sumbang mahram, meliwat, mencabul kehormatan, salahlaku seksual, meraba dan sebagainya.

Lebih teruk lagi kesan sampingan yang yang terjadi dari sifat buruk ini iaitu lahirnya anak luar nikah, buang bayi yang tidak berdosa, lari dari rumah, cubaan bunuh diri dan bunuh diri itu sendiri, mengalami gangguan mental, menghidap penyakit AIDS, masalah dalam rahim dan penyakit seksual yang lainnya yang menjadi bebanan kepada keluarga, masyarakat dan negara. 

Dalam Islam kita sebenarnya mesti sentiasa berada di tempat yang terang. Kita cuma ada satu jalan iaitu jalan yang benar, jalan yang bersih, jalan yang terang. Semua kekotoran hati itu mesti dibuang dan dijauhkan dengan redha.

Mungkin ada yang berkata apakah gunanya kita dikurniakan dengan sifat marah andaikata kita tak boleh menggunakannya. Ada juga yang berkata apa guna kurniaan airmata kalau kita tak boleh menangis.

Dalam hal penggunaan sifat ini, sifat ini boleh digunakan tetapi ia sebenarnya tertakluk kepada hukum. Ada wajib marah, sunat marah, harus marah, makruh marah dan haram marah. Contohnya kita wajib marah kalau Allah, Nabi dan ugama Islam dipersendakan. Kita juga perlu mempertahankan yang hak, menjaga isteri, adik perempuan anak-anak dan sebagainya. Namun demikian perlukah kita marah kepada benda yang remeh temeh dan bodoh? Marah kerana hari hujan, marah kerana apa yang kia nak tak dapat, marah kerana ada kereta memotong di depan kita dan sebagainya? Itu marah tak bertempat sebenarnya kerana dalam hal ini kita seharusnya bersabar.

Sedarilah semua sifat dan sikap ini sebenarnya punya hukum hakam di dalamnya dan tak boleh digunakan sewenang-wenangnya mengikkut perasaan, mengikut nafsu. Namun saya tahu ia sukar sebagai sebagai seorang manusia. Sukar untuk menjadi seorang yang pemaaf, penyabar, pemurah dan sebagainya tetapi kita hendaklah mencuba hingga kita sampai ke tahap yang tertinggi dalam hal ini sepertimana yang diajarkan oleh Rasullullah SAW. Ia ada tahap-tahapnya dan tahap yang tertinggi yang hendak kita capai ialah tahap Rasullullah SAW sebagai penanda arasnya.

Semua sifat kebaikan ini sebenarnya termasuk dalam aspek akhlak yang disarankan oleh Rasullullah SAW. Amanah, pemurah, bertoleransi, menjaga keluarga, mendidik anak, membuang benda yang menghalang perjalanan, tidak mengambil yang bukan hak, menjauhkan yang haram, tidak bermuka-muka, bercakap benar dan sebagainya. Semua ini berada di tempat yang terang dan jelas dan sesungguhnya mereka yang mengamalkan sifat yang kabur dan gelap sebenarnya mempunyai masalah diHATInya.

Namun demikian tak dapat disangkal semua sifat yang baik dalam rangkuman akhlak yang baik ini adalah kurniaan Allah kepada sesiapa juga yang dikehendakiNya namun demikian saya harap dengan pengisian yang sebegini sedikit sebanyak ia akan membuka hati dan minda anda untuk memahaminya dan manalah tahu kalau-kalau ia akan membawa kepada kesedaran untuk kita sama-sama memperbaiki diri dalam hal sifat dan sikap ini.

Andai Rasullullah SAW masih hidup ketika ini dan andai Baginda ada bersama kita di depan mata apakah yang akan kita katakan padanya andai kita berbohong, berburuk sangka, makan rasuah, mengambil yang bukan hak dan sebagainya? Apakah alasan kita? Bukankah Nabi SAW akan bersedih melihatkan keadaan umatnya yang begitu buruk akhlaknya?

        Kemudian saya percaya sifat ini ada rankingnya yang tersendiri. Sifat redha pada saya adalah antara yang paling tinggi rankingnya kerana ia termasuk dalam rangkuman Rukun Iman dalam Rukun Percaya kepada Qada’ dan Qadar. Jadi setiap manusia yang berugama Islam mesti mempunyai sifat redha ini. Redha dengan setiap ketentuan yang telah Allah tentukan sepanjang kehidupan ini. Sifat Sabar, Ikhlas, Rendah Hati, Yakin, Takwa, Tawakal, Ehsan juga sering diulangtayang menunjukkan bahawasanya ia merupakan sifat yang popular dan ada rankingnya yang tinggi.

        Seterusnya sifat ini juga adakalanya perlu datang dengan pasangan yang betul. Contohnya kalau kita melakukan apa-apa juga kebaikan ia perlu datang dengan sifat IKHLAS. Kalau difikirkan semuanya amal ibadah hanya akan dikira bila ia dilakukan dengan ikhlas kerana Allah Taala. Bagaimanakah kita ingin meminta maaf kalau kita datang tanpa keIKHLASan dalam PAKSAan? Bagaimanakah kalau kita bersolat, berpuasa, bertahajud, pergi haji tetapi dipasangkan dengan sifat RIAK dan bukannya sifat IKHLAS? Bagaimana pula kalau kita bersedekah tetapi dipasangkan dengan sifat menunjuk-nunjuk? Bukankah semua ini bakal tidak dikira. Oleh itu selain sifat redha kita juga perlu ada sifat IKHLAS seikhlas-ikhlasnya ini dalam hati dan begitu jugalah seterusnya. Kalau tidak saya cukup yakin amalan kita akan berkurangan pahalanya mahupun ditolak sama sekali.

SIFAT MAHMUDAH / SIFAT BAIK
Ego
Pemurah
Pemarah
Redha
Rajin
Berani
Yakin
Pemaaf
Bertoleransi
Ikhlas
Ikut akal
Tersusun
Berdisiplin
Lembut
Kasih sayang
Pembersih
Bersangka Baik
Berkata Benar
Membantu
Menyenangkan
Benar
Amanah dan bertanggung jawab
Cantik di luar, cantik di dalam
Mengutamakan isteri lebih dari ibubapa
Ikut hukum Allah
Ikut sunnah Nabi
Ketauhidan pada Allah
Bersikap terbuka, memahami dan menghormati.
Mengejar keredhaan Allah
Tidak mengambil yang bukan hak
Mencari Perdamaian
Penjimat
Ibadah

Dalam hal ini kadangkala kita bertemu dengan orang yang baik dalam kebanyakan sifat dan amalannya namun demikian terdapat kebocoran-kebocoran yang tertentu yang perlu diperbaiki. Seperti contoh di atas, kebocorannya kerana mereka ego dan mengutamakan isteri daripada ibubapa. Dalam kes lain ada yang kaki seks sahaja. Mereka mencari jalan untuk melempiaskan nafsu tetapi mereka tidak berjudi, tidak makan makanan yang haram, pemurah dan sebagainya. Mereka punya satu kelemahan ini. Kekadang pula saya bertemu dengan mereka-mereka yang baik dan akhlaknya mulia tetapi dalam diam mereka kaki porno dan tak dapat meninggalkan video-video lucah. Mereka punya rahsia yang tersendiri yang tersembunyi. Bagaimana dengan anda?

Apapun perhatikanlah kelemahan ini, muhasabah diri dan berjuanglah untuk memperbaiki dan membersihkanya kerana pada saya ini yang terbaik. Oh Ya! Saya sendiri pun masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.

Analogi atau tamsilannya mudah, kekotoran kalau dibiarkan akan mendatangkan kuman, kuman pula akan membawa penyakit, penyakit pula boleh menjadi wabak. Jadi hati yang kotor akan berpenyakit dan penyakit itu pula akan menular umpama kanser yang mana lama kelamaan akan menggelapkan hati lantas menyebabkan pintunya tertutup dan mungkin kemungkinan hati itu mati.  Tak cukup dengan itu ia umpama wabak yang boleh tersebar kepada orang lain di luar sana. Faham tak?

Saya juga percaya Syurga merupakan tempat yang bersih, suci dan murni maka sebarang kekotoran baik dari segi sifat dan sikap, amalan dan sebagainya pasti tak akan dapat diterima. Inginkah anda kembali bertemu dengan Allah Taala di akhirat kelak dengan kekotoran-kekotoran di hati? Lagipun ingatlah kebersihan adalah sebahagian dari Iman dan kebersihan itu hakikatnya bukan hanya terletak kepada kebersihan luaran semata-mata. Mungkin kekotoran hati ini boleh digunakan di mukabumi memandangkan alam ini memang banyak kekotoran.

Oleh yang demikian, bersihkanlah hati dengan sebersih-bersihnya, kebersihan hati akan dicerminkan dengan amalan luaran yang baik dan kalau kita bertemu dengan mereka yang terdapat kehitaman pada dirinya dan ini jelas kelihatan dengan amalan kemungkaran yang dilakukannya maka janganlah kita mengeji mereka sebaliknya berusahakan untuk membersihkan kotoran itu. Dengan harapan usaha kita itu diberkati Allah lantas disampaikan hidayah di hati insan yang gelap hatinya itu dan digantikan dengan cahaya yang terang benderang.

Janganlah menambah kejijikan kepada perkara yang jijik tetapi berusahalah untuk membersihkan kejijikan tersebut.

Kenapa kita perlu promosikan keburukan sedangkan mempromosikan kebaikan itu adalah jauh lebih baik...


Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Jadilah follower, komenlah mana yang patut dan tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

No comments:

Post a Comment