TIP FY UNTUK ORANG MUDA MENGIKUT SARANAN JACK MA PEMILIK ALI BABA
FY TUKANG TAMBAH KUAH!
Pada umur 20 hingga 30 tahun.
Fikir betul-betul apa yang ingin anda lakukan sebagai kerjaya anda di masa depan.
Kalau anda ingin bekerjaya cuba tengok dalam hierachy kerjaya itu ada tak jutawan yang kita boleh duplicate atau tiru.
Cuba google dan cari - Kerjaya untuk menjadi jutawan!
Tapi kalau anda ingin menjadi usahawan maka mungkin saranan Jack Ma ini boleh dijadikan panduan.
Carilah kerja dengan sebuah syarikat yang kecil. Di sini anda boleh belajar semua perkara tentang selok belok perniagaan tersebut.
Sekiranya anda bekerja dengan sebuah syarikat yang besar jadi anda hanya menjalankan tugas dalam satu divisyen atau department sahaja. Belajar salah satu proses daripada banyak proses keseluruhannya. Tak banyak yang boleh anda pelajari mengenainya.
Analoginya seakan pemasangan sebuah kereta anda hanya bekerja di department tayar sahaja, bagaimana untuk mengikat nat, bagaimana untuk memasang tayar, mengukur had angin dan sebagainya.
Sebaliknya bila anda bekerja dalam syarikat yang kecil anda akan dapat melakukan semua kerja-kerja pemasangan sebuah kereta sehingga ia siap. Jadi anda akan tahu buat semua perkara dalam bidang itu.
Secara relatif, konsep sesebuah perniagaan adalah sama, mengetahui atau memahami sebuah perniagaan kecil akan membolehkan anda memahami dan menjalankan sebuah perniagaan yang besar di masa depan.
Pada umur 30 hingga 40 tahun. Anda dah boleh mula buka perniagaan dalam bidang yang anda minati itu kerana anda sudah tahu selok beloknya. Kemudian carilah mentor yang berjaya untuk membimbing anda. Mentor adalah jalan pintas untuk mengecap kejayaan. Kalau boleh carilah mentor yang anda tahu seorang jutawan.
Umur 50 ke 60 tahun.
Ianya sudah terlambat untuk menukar bidang kerjaya atau perniagaan yang anda jalankan. Dalam hal ini melaburlah kepada orang muda. Carilah anak-anak muda yang pandai dan didiklah mereka agar bekerja untuk anda. Generasi muda ini akan punya idea yang baru dan terkini bersesuaian dengan zaman mereka lebih-lebih lagi zaman internet ini. Jadi mereka jugalah yang akan membantu memajukan lagi perniagaan yang anda jalankan.
Umur 60 tahun ke atas. Ikut kata Jack Ma pi lepak tepi pantai tapi sebagai seorang Islam kita pi masjid balik masjidlah...
Harus diingat ini adalah pengisian motivasi.
Kerana nanti pasti ada yang berkata ia kurang sesuai dengan prinsip keislaman.
Apapun berusahalah seperti anda akan hidup selamanya dan beribadatlah seperti anda akan mati esok hari.
Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya.
Allah suka kepada orang miskin yang tawadduk tapi Allah lebih suka kepada orang kaya yang tawadduk.
Memberi adalah lebih baik dari menerima.
FY
Layari
www.motivasiku.blogspot.my
untuk mendapatkan artikel-artikel motivasi FY yang lain.
Jangan lupa like dan share!
No comments:
Post a Comment