TIP BUAT ABAM MOTOR SUPERBIKE
Sejak 1993 pada umur 23 tahun FY dah mula menunggung motorsikal Superbike ini bermula dengan motor 600cc kemudian meningkat ke 1000cc sehingga ke hari ini selepas 25 tahun menunggang.
Kalau dahulu motor Superbike ini berat tapi teknologi telah menjadikannya lebih ringan dan lebih laju jadi FY nampak ramai yang kemalangan dan banyak yang membawa maut. Kebanyakannya motorsikal 1000cc ini.
Mengetahui hakikat ini FY mengambil keputusan untuk menulis beberapa tip untuk keselamatan para penunggang superbike ini atau wanabe pemilik superbike ini.
Pengalaman itu penting. 10 tahun pengalaman dengan menunggang sebulan sekali tak menjadikan kita berpengalaman 10 tahun sebenarnya.
Berikut adalah tip berdasarkan pengalaman FY. Kalau terkurang silalah tambah yer...
0. Sebaiknya lalulah proses dari motor kapcai dan naik hierachy ke 250, 500 atau 600 sebelum ke 800 atau 1000 ke atas. Ini kerana motor 1000cc ini terlalu ganas nanti bukan anda yang bawak dia tapi sebaliknya dia yang akan bawak anda. Banyak kes overshoot yang menyebabkan kemalangan kerana penunggangnya tak berjaya menurunkan motor mereka atau gagal mengawal motor tersebut kerana ia terlalu liar buat mereka.
0. Selalu juga kemalangan berlaku kerana penunggang meminjam motor superbike. Kepada pemilik superbike kalau boleh janganlah bagi pinjam kecuali kepada yang anda tahu berpengalaman.
0. Pastikan motorsikal dalam keadaan baik dan berservis sebelum menunggang. Cek dulu kedudukan angin, minyak hitam, brek dan sebagainya.
0. Pastikan pakaian kita lengkap berpadding dengan kasut yang sesuai dan selesa sebelum menunggang.
0. Baca doa menaiki kenderaan dan pinta perlindungan dari Allah sebelum memulakan perjalanan.
0. Ketika menunggang bersama elakkan beriringan mahupun mengekori tapi gunakan formasi zig zag.
0. Andai anda di lebuhraya elakkan mengekori kenderaan lain tetapi pilihlah path tengah berdekatan garisan. Ia akan menyelamatkan anda kalau kenderaan di depan brek mengejut kerana ada ruang di tengah antara kenderaan untuk kita. Elakkan juga memandu atas garisan kerana ia boleh jadi licin ketika hujan.
0. Bila anda menunggang melebihi 200kmj pastikan anda turun gear, tekan brek dan kembangkan badan serentak bagi mempercepatkan proses memperlahankan jentera bila perlu.
0. Elakkan berlumba atau memecut di tempat yang kita tak tahu dan tak biasa. Ini kerana kita tak tahu kedudukan pasir, lubang, minyak, takungan air dan sebagainya. Kalau nak berlumba juga eloklah masuk trek. Situ lebih selamat.
0. Pemanduan selamat perlukan anda scan akan apa yang ada di depan. Kalau perlu berdirilah untuk mendapatkan pandangan yang lebih jauh.
0. Pemanduan berhemah juga perlukan anda mencari ruang yang luas di kiri dan kanan supaya kita mudah mengelak kalau ada apa-apa halangan di depan.
0. Hati-hati bila mengambil corner lebih-lebih lagi kita tak tahu berapa tajamnya corner tersebut. Untuk selamat carilah apex atau penjuru corner tersebut yakni ambil dari luar menuju ke dalam atau ke apex korner tersebut. Elakkan ambil garisan luar dan terus duduk di path luar kerana kaedah ini merbahaya lebih-lebih lagi bila kita laju.
0. Hati-hati menghampiri mana-mana simpang, bukit mahupun korner yang terlindung pemandangan di depan.
0. Dalam jalan kampung hati-hati dengan kereta yang mengambil korner tak bagi signal, kereta u turn, lembu melintas dan sebagainya. Kita terlalu pantas untuk mereka.
0. Kalau berkonvoi ikutlah arahan marshal kerana mereka lebih berpengalaman.
0. Dalam perjalanan jauh andai penat pastikan anda berhenti berehat sebelum meneruskan perjalanan seterusnya.
0. Sentiasa gunakan akal dan jangan gunakan emosi bila menunggang. Bawa betenang. InsyaAllah selamat.
Tip tambahan...
Untuk menghilangkan rasa riak dan berlagak bila menunggang Superbike lambailah kepada sesiapa sahaja yang memandang tak kiralah penunggang motor kapcai mahupun abam lori kontena.
Hati-hati ride yer sahabat!
Pandu cermat jiwa selamat. Ingat orang yang tersayang!
Harap abam Superbike yang baca tip ni tolong like n share yer!
Pesanan khidmat masyarakat ini ditulis oleh Faizal Yusup.
Penulis novel man rempit.
www.manrempit.blogspot.my
www.faizalyusup.net
www.motivasiku.blogspot.my
#seekorarnabdiNilai
Tq atas tips. Mahal harganya bagi yg mahu. Ingin di hati ingin menambah kantong sambil mencari cari isi yg hijau lampunya dari Dia, lalu terjumpa dengan yg ini, maka izinkan mengikut sekadar mampu diizini. Alhamdulilah
ReplyDelete