PERBEZAAN
PENERAPAN NILAI DIRI
Dalam isu penerapan nilai diri ini, ada
orang yang tinggi kelayakan akademiknya kerana mereka belajar hingga ke
peringkat PhD dan menjadi seorang professor contohnya sedangkan ada orang
kelebihannya adalah dalam bidang seni dan kemahiran hingga mereka boleh menjadi
artis, penyanyi, pelukis dan sebagainya.
Apapun yang kita usahakan dalam apa
juga bidang sekalipun akan menjadikan diri kita pandai dan pakar mengenainya
namun demikian pada masa yang sama kita akan menjadi pakar dalam bidang yang
tertentu tetapi bukan pakar dalam bidang yang lainnya berdasarkan penerapan
kehidupan yang kita lalui itu.
Cuba tanya diri anda sendiri berapa
banyakkah penerapan-penerapan yang ada dalam diri anda sendiri?
·
Penerapan Ugama
Adakah anda punya pengetahuan yang mendalam dalam
aspek ini lantas menjadikan kita orang tinggi akhlaknya?
·
Penerapan Bangsa
Adakah anda tahu mengenai adat istiadat, budaya dan
pantang larang secara menyeluruh?
·
Penerapan Sifat dan Sikap
Adakah kita faham semua sikap dan sifat yang
menjadi norma kehidupan bermasyarakat dan dapat melaksanakannya dengan baik?
·
Penerapan Akademik
Adakah kita belajar ke peringkat PhD dan dapat
menyumbang kepandaian kita kepada masyarakat?
·
Penerapan Seni
Takukah kita melukis, menari, menyanyi dan
sebagainya.
Persoalan-persoalan ini sebenarnya akan
menyebabkan kita berfikir sejenak akan penerapan-penerapan yang ada dalam diri
kita sendiri. Bukankah nini menunjukkan yang kita dilahirkan serba kekosongan
dan penerapan semua aspek ini datang memasuki diri kita kemudian satu persatu.
Mungkin juga kita terlalu sibuk
menjalani kehidupan seharian hinggakan kita tiada masa untuk duduk menggunakan
akal dan berfikir sejenak mengenai semua ini. Sedangkan kita sebenarnya berbeza
dengan makhluk yang lain di mukabumi ini oleh sebab kurniaan akal. Alasannya
mungkin bukan kita tak mahu berfikir tetapi kita terlalu sibuk dengan urusan
harian hinggakan kita tak punya masa untuk berfikir.
Tidak mengapalah, itu soal lain. Mari kita
balik kepada soalan yang saya ajukan tadi.
Saya bertanya demikian kerana saya
pernah terbaca kisah pak imam yang ditangkap khalwat, kisah homoseksual, kisah
murtad, kisah budak genius menjadi penagih dadah mahupun pelacur, kisah
penyanyi yang bercerai berai dan sebagainya. Apa masalah mereka dan apakah
penerapan nilai diri mereka sebenarnya?
Dalam satu kes yang saya kendalikan
saya pernah bertemu dengan seorang yang mempunyai sifat yang begitu kedekut dan
berkira hingga menyebabkan penceraian. Adakah ini sifat kedekut ini sifat baik
yang diterima dalam norma masyarakat. Saya yakin tidak tetapi penerapan sifat
inilah yang sebenarnya menetap dalam dirinya menjelang dewasa.
Kemudian dalam banyak kes, ramai yang
merasakan yang dirinya serba pandai, serba lengkap, serba tahu hingga tak mahu
mendengar nasihat / belajar dari orang lain walhal penerapan nilai diri mereka
dalam banyak aspek berada dalam peringkat yang rendah.
Jadi bagaimanakah semua penerapan dalam
ini sebenarnya boleh terbentuk?
Mungkin konsep 4P yang bakal saya
kemukakan nanti akan dapat membantu.
PERBEZAAN
PENERAPAN NILAI DIRI
Dalam
bab kedua ini saya akan memperkenalkan bagaimana sesuatu prinsip boleh
terbentuk dalam diri seseorang itu. Ini kerana pada pendapat saya ramai yang
tidak tahu mengenainya, tidak tahu bagaimana proses pembentukan nilai tersebut,
tak dapat membuat perbezaan antara sesuatu nilai juga prinsip dan sebagainya.
Dalam
forum yang saya sertai di Internet persoalan yang berbentuk perbezaan penerapan
nilai ini sering dipersoalkan. Walaupun ia disampaikan dalam bentuk soalan yang
berbeza namun asas persoalannya tetapi sama. Ia berkenaan perbezaan penerapan
nilai.
Biar
saya bagi contoh soalan-soalan tersebut ;
- Seorang
guru Cina bertanya pada muridnya “ Bila besar nanti nak meniaga apa? ”
Sedangkan seorang guru Melayu pula bertanya muridnya, “ Bila besar nanti
nak kerja apa? ”
- Kenapa
seorang isteri sanggup memakaikan stokin suaminya?
- Mengapa
orang melayu tak pandai mempromosikan perniagaannya sepertimana orang
Barat?
- Kenapa
ada orang mengejar gelaran Datuk, Tan Sri dan sebagainya?
Maka
pelbagai jawapanlah yang bakal diterima dari akal yang logik mahupu dari sudut
yang lain berdasarkan pengalaman serta pengetahuan mereka yang menjawab.
Sekali
lagi saya ulangi ketiga-tiga soalan ini adalah berdasarkan persoalan yang sama.
Perbezaan penerapan nilai. Mungkin kerana kita tidak mempelajarinya di sekolah
atau mungkin kita tak punya pengetahuan mengenai aspek penerapan nilai ini maka
kita tak dapat membuat penilaian ini.
Apapun
dalam soalan pertama tadi, seorang guru Cina bertanya pada muridnya “ Bila
besar nanti nak meniaga apa? ” Sedangkan seorang guru Melayu pula bertanya
muridnya, “ Bila besar nanti nak kerja apa? ”
Ini
adalah persoalan perbezaan penerapan nilai antara Melayu dan Cina. Orang Melayu
kebanyakannya kerja makan gaji dibandingkan dengan orang Cina yang kebanyakan
peniaga. Penerapan yang berlaku semenjak pemerintahan British di Tanah Melayu
dengan sistem “segregate and rule” atau asing dan perintah iaitu
mengasingkan orang Cina di bandar dalam bidang perniagaan, orang melayu di
kampung dan orang India di ladang-ladang.
Soalan
kedua pula, kenapa seorang isteri sanggup memakaikan stokin suaminya itu pula
sebenarnya memperkatakan aspek perbezaan nilai Sekular keduniaan dibandingkan
dengan nilai keislaman. Pendapat sekular merasakan yang ini bukanlah sesuatu
yang boleh diterima akal oleh seorang isteri kerana hak persamaan yang antara
lelaki dan perempuan dilaungkan dalam prinsip ini. Ia berbeza dengan prinsip
lslam yang mana ini bukanlah satu masalah kerana ia dianggap jihad seorang
isteri dan bakal mendapat ganjaran dari Allah Taala.
Dalam
soalan ketiga pula mengapa orang melayu tak pandai mempromosikan perniagaannya
sepertimana orang Barat lebih jelas menunjukkan isu perbezaan penerapan nilai
ini. Isu perbezaan antara perniagaan orang melayu yang masih mentah kalau dibandingkan
dengan perniagaan orang Barat yang telah dewasa sedewasa tamadunnya. Dalam hal
ini kita tak membandingkan epal dengan epal tetapi kita membandingkan tembikai
dengan epal yang mana perbezaannya terlalu jauh.
Seterusnya
dalam soalan kenapa ada orang mengejar gelaran Datuk, Tan Sri dan Datin juga
sekali lagi merupakan bentuk soalan perbezaan penerapan nilai. Perbezaan antara
nilai dunia dan nilai akhirat antaranya. Biar saya huraikan. Pertamanya mari
kita buat perbandingan. Gelaran-gelaran ini saling tak tumpah seperti gelaran
Sir, Duke dan Madam yang dipelopori British dahulu namun apa yang pelik ia
tidak digunakan di Amerika Syarikat salah sebuah negara yang termaju di dunia.
President George Bush juga dikenali sebagai Mr George Bush selepas dia meletakkan
jawatannya. Ramai yang terkenal seperti Micheal Jakson tidak pula diberi
gelaran Tan Sri Micheal Jackson atau Sir Micheal Jackson contohnya.
Kalau
perbandingan itu dibuat dengan Islam pula Allah memberikan gelaran Nabi dan
Rasul kepada manusia, muslimin dan muslimat contohnya tetapi manusia pula yang
membentuk gelaran saidina, haji, ustaz, kiyai, lebai dan sebagainya. Gelaran
yang tidak dibawa mati ke akhirat kelak.
Berbezakah
kedudukan Datuk dan Tan Sri ini di sisi Allah di akhirat kelak sedangkan kita
semua tahu yang kemuliaan seseorang terletak pada ketakwaannya kepada Allah dan
bukan kerana gelaran, nama, pangkat, harta benda dan segala yang ada di muka
bumi ini. Lagipun adakah bila bersolat para Tan Sri dan Datuk bersolat atas
udara? Apa bezanya?
Mungkin
manusia perlukan penghargaan, mahukan darjat yang lebih tinggi kalau
dibandingkan dengan orang lain tetapi persoalannya adakah ia selari dengan
ketinggian darjatnya di sisi Allah?
Sebenarnya
manusia telah ditipu oleh syaitan yang membisikan semua dakyah ini lantas
menyebabkan manusia itu begitu bangga dengan pangkat, darjat dan gelarannya
hingga sekiranya orang tersilap tulis Datuk dan Dato’ pun dimarahinya. Tipudaya
syaitan yang menjanjikan dunia dan segala isinya ini menyebabkan ramailah yang
mengejar gelaran, pangkat, nama, harta dan sebagainya yang hakikatnya tak
menjanjikan apa-apa di akhirat kelak.
Kemudian
ada pula yang memastikan mereka tak salah menulis semua ini kerana takut tak
dapat kontrak dan tender dari Datuk tersebut. Persoalannya datuk yang memberi
rezeki atau Allah yang memberi rezeki? Lebih takut pada makhluk manusia
daripada takutkan Allah. Silap-silap boleh membawa kita kepada dosa syirik.
Cuba
perhatikan analogi berikut ;
Seorang
Datuk, yang hensem, kaya, pandai tetapi buruk perangainya dibandingkan dengan
lelaki yang hodoh, miskin, kurang ilmunya tetapi baik budi pekertinya. Yang
manakah lebih baik? Dalam hal ini saya yakin orang budi pekerti dan akhlak yang
menjadi ukuran. Atas sebab inilah dewasa ini kemenangan ramai calon-calon dalam
pilihan raya yang dipilih kebanyakannya adalah kerana budi pekerti akidahnya
dan bukan perkara yang lain.
Walaubagaimanapun
semua ini akan dikupas dalam topik-topik yang disertakan dalam bab kenali diri
ini dengan harapan ia memberikan kefahaman yang mendalam kepada diri anda.