Assalamualaikum semua...
Tanggal
1 Februari 2013, Nenek FY sebelah bapa telah pergi kembali ke
Rahmatullah. Nenek Kidah binti Md Amin ini merupakan nenek yang menjaga
FY semasa dilahirkan di Rumah Sakit Daerah Batu Pahat, Johor pada 2 Mei
tahun 1970. Pada masa itu ibu FY berpantang di rumah yang terletak di
Kamping Istana, Batu Pahat. Beliau menjaga kami umpama menatang minyak
yang penuh pada ketika itu.
Namun
Allah lebih menyayangi beliau dan ada hari tersebut beliau kembali ke
Rahmatullah. FY doakan semoga roh Allahyarhammah dicucuri rahmat dan
diletakkan bersama orang-orang yang dikasihi Allah Taala. Berikut ini
adalah nukilan Pak Anjang FY - Dr Ismail bin Haji Jamal teristimewa buat
nenek yang FY kasihi itu.
FY
sepatutnya berada di sini, bersama untuk upacara pengkebumiannya namun
susunan Allah Taala tidak mengizinkan kerana FY terpaksa menjalankan
seminar saham yang telah dirancangkan jauh lebih awal. Kepada Pakcik
Makcik serta saudara mara yang lain, kemaafan yang FY pohon kerana tidak
dapat hadir bersama.
Majlis Pengkebumian nenek FY di Presint 20 Putrajaya pada tengahari hari Sabtu 2 Februari 2012... |
Inilah
hakikat kehidupan, kita manusia hanya bisa merancang namun Tuhan yang
Maha berkuasa untuk menentukan. Kita tak boleh berada di 2 tempat pada
satu masa. Yang pergi kan tetap pergi kerana itu hukumNya. Yang hidup
pasti bertemu dengan dengan kematian namun yang hidup perlu meneruskam
perjuangan.
FY dalam Seminar Super Investor hari yang sama Sabtu 2 Februari 2013... |
Terus
terang andai diberi pilihan pasti FY ingin bersama untuk Solat Jenazah
berjemaah, mengusung jenazah, sama-sama dalam majlis pengkebumian
sebagai penghormatan terakhir buat nenak FY itu namun FY ada amanah dan
tanggungjawab yang lebih besar demi pembangunan ummah atas susunan Allah
Taala.
Dengan
rasa sedih dan terkilan FY ucapkan selamat tinggal kepada Arwah Nenek
FY itu dan pastinya FY akan menyusul satu hari nanti. Semoga Allah
memelihara kita semua dan memberkati kehidupan kita di dunia mahupun di
akhirat...
Sekian.
Wassalam.
FY